BERITA TERKINI

Wednesday, 16 July 2014

Seorang anggota TUDM didakwa miliki mercun bola

Advertisement
KOTA BHARU - Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia didakwa memiliki 26 biji mercun bola dan dua batang mercun roket, tahun lalu, mengaku tidak salah di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Tuduhan terhadap Ahmad Asyraf Kamil, 21, dibuat di hadapan Majistret, Mohd Isa Mohamed.

Ahmad Asyraf yang beralamat di Tanjung Chat, di sini, didakwa memiliki 26 biji mercun bola pelbagai warna dan dua batang mercun roket bertulis Enlarge Thunder Clap-2 Voice di depan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Jalan Pengkalan Chepa, di sini pada jam 3 pagi, 10 Ogos 2013.

Dakwaan terhadap tentera berpangkat Laskar Udara itu dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit bersalah.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Md Zukri memohon penangguhan kes dan menawarkan jaminan RM5,000 kepada tertuduh. Tertuduh bagaimanapun memohon wang jaminan itu dikurangkan.

Mohd Isa kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Kes bersambung 25 Ogos untuk sebutan semula.

Post a Comment