BERITA TERKINI

Wednesday, 16 July 2014

Ibu tunggal ditahan miliki rokok seludup

Advertisement
TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor menahan seorang ibu tunggal bersama 3,220 karton rokok seludup bernilai RM300,000 di sebuah rumah di Kampung Alor Durian, Wakaf Bharu, di sini Sabtu lalu.

Wanita berusia 40-an dan dipercayai pengedar rokok seludup itu ditahan pada kira-kira jam 11 pagi ketika serbuan PPM dengan kerjasama Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor di rumah tersebut.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Mohd Nawi Yunus berkata, kejayaan rampasan tersebut adalah hasil maklumat risikan pihaknya dengan UPP Pengkalan Kubor.

“Hasil pemeriksaan lanjut dalam rumah terbabit, anggota PPM menemui rokok seludup pelbagai jenama termasuk keretek.

"Antara jenama rokok yang dirampas adalah Gudang Garam, Nusantara, Mina, John Merah, John Putih, Astri, D&J, Premium dan Horse," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, rampasan tersebut adalah kejayaan terbesar pada tahun ini dan ia juga merupakan kerjasama kali kedua PPM dengan pasukan UPP Pengkalan Kubor.

Katanya, kerjasama bersama UPP akan diteruskan pada operasi berikutnya dalam usaha mencegah aktiviti penyeludupan berterusan.

Sementara itu, PPM berjaya mematahkan cubaan menyeludup 3,000 liter petrol bernilai RM6,400 selepas melakukan serbuan di sebuah stor di Pulau Ular, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 2 pagi itu, tiga lelaki dipercayai penyeludup sedang leka memunggah bahan api berkenaan ke dalam sebuah bot.

"Ketiga-tiga penyeludup bagaimanapun berjaya melarikan diri dengan menyeberang ke Thailand dengan menaiki bot apabila menyedari kehadiran anggota PPM," katanya.

Post a Comment