Dalam ucapan itu, Fadzil turut meluahkan rasa syukur ke hadrat ilahi selain ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas pengorbanan isteri tersayang.
“Alhamdulillah isteri saya, Yana Samsudin, selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 21.07.2016.
“Terima kasih kepada isteri yang bersusah payah, bersakit-sakit dalam proses melahirkan, tak ternilai jasa dan pengorbanannya. Saya cintakan awak sayang, moga sembuh cepat.
“Terima kasih juga pada mak dan ayah kami yang tidak henti-henti berdoa serta keluarga, sahabat-sahabat kerana sentiasa mendoakan. Alhamdulillah, kami juga mendoakan kesejahteraan anda semua,” ujarnya.
Yana Samsudin mendirikan rumah tangga bersama Fadzil Bahari Zahari pada 13 Februari 2015.
Tahniah,semoga rumah tangga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..
Post a Comment