Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 25 dan 33 tahun itu ditahan di Wakaf Baharu, Tumpat
kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.
"Pihak kami akan melakukan siasatan ke atas suspek serta membuat perbandingan sampel DNA (di antara suspek dan DNA yang diperoleh dari tempat kejadian.
"Siasatan awal kami mendapati salah seorang suspek mempunyai dua rekod
kesalahan lampau," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Jalaluddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Source
Post a Comment