BERITA TERKINI

Tuesday, 26 July 2016

Sanggup hancurkan motosikal sendiri elak disaman

Advertisement

China - Seorang lelaki di bandar Xingyi di wilayah Guizhou,cuba berdebat dengan polis ketika hendak disaman.

Dalam rakaman yang dimuat naik ke media sosial, lelaki tersebut berusaha mengelak daripada disaman selepas polis memberhentikan perjalanannya.

Video kejadian ini menjadi viral di media sosial China meskipun ianya bukan kali pertama pesalah trafik enggan disaman di China.

 Pada masa lalu, seorang lelaki pernah mengaku dirinya anggota kerajaan asing semata-mata mahu elak disaman.

Lapor China Central Television, lelaki yang identitinya tidak diketahui itu ditahan polis kerana tidak memakai topi keledar.

Lelaki itu kemudiannya membuka tempat duduk motornya dan mengeluarkan kapak sebelum tiba-tiba menghayunkan kapak tersebut dan mula menghancurkan motosikalnya.

Polis segera menahannya dan memberi saman kerana merosakkan harta benda di tempat awam serta tidak menghormati polis yang sedang bertugas.

Post a Comment