Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, mangsa yang dikenali sebagai Meor Mohammad Fahmi, 11, dan Meor Mohamad Izzat Meor Mazimun, 14, dilaporkan hilang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Zul Azman Jamaluddin berkata operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pukul 7 petang.
"Sehubungan itu satu operasi mencari dan menyelamat disertai 10 anggota polis dan lima anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dilakukan.
"Setakat ini kita hanya melakukan operasi mencari dipermukaan sungai sahaja berikutan hari yang sudah gelap, " katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, sehingga pukul 9 malam pasukan penyelamat belum berjaya mengesan mereka dan operasi ditangguhkan berikutan hari sudah malam.
"Ada saksi memberitahu melihat kedua-dua beradik ini mandi bersama rakan mereka pada pukul 5 petang.
"Seorang pemancing kemudian turut melihat remaja itu terkapai-kapai dan cuba membantu tetapi gagal menyelamatkan mereka sebelum menghubungi bomba," katanya.
Tambahnya, pasukan penyelamat akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat awal pagi esok.
sourceArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0828&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_36.htm#ixzz3BhoF6VyI Hakcipta terpelihara
Post a Comment