Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata Mohamad Iswan A. Hamid, 39, mati di tempat kejadian selepas terperangkap di dalam kereta yang dipenuhi air.
Bagaimanapun seorang lagi penumpang yang dipercayai ibu mangsa selamat dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu.
"Mangsa dipercayai terlelap mengakibatkan keretanya gagal dikawal lalu terhumban ke dalam parit," katanya.
Jenazah mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan diTanah Perkuburan Islam Kampung Felda Sening, Kota Tinggi.
Post a Comment