BERITA TERKINI

Tuesday, 8 March 2016

Isteri Putera keenam Sultan Brunei cantik dan penuh didikan agama

Advertisement

Raabiatul Adawiyah, 22 tahun, secara rasmi menjadi isteri kepada putera keenam Raja Brunei Darussalam, Pangeran Abdul Malik, 31 tahun. Kecantikan dan prestasi Raabiatul membuat Putera pangeran kagum, hingga menuliskan kekagumannya di akaun facebook pribadi beliau.

"Yang Mulia Dayangku (isteriku) Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah sudah biasa dengan didikan keagamaan dan sikap sopan-santun daripada kedua-dua ayahanda dan bonda dalam menjaga akhlak dan juga sikap hormat-menghormati di antara satu dengan yang lain, bahkan keupayaannya dalam menjaga adinda-adinda ketika keduanya sibuk dengan tugasan merupakan satu kelebihan yang dimilikinya," tulis Pangeran Abdul Malik, dipetik dari akaun facebook Prince Abdul Malik.

Pangeran Abdul Malik menyatakan, isterinya memiliki banyak potensi dalam bidang keagamaan dan aktiviti sosial sejak masih di bangku sekolah lagi. Beliau pernah menjadi juara dalam pertandingan membaca Al-quran.

"Antaranya mewakili sekolah agama dan menyertai pertandingan  yang diadakan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah pada tahun 2005 dan mengikuti Skim Tilawah Al-Qur'an Remaja pada tahun 2008 serta menyertai Pertandingan Dikir Dabai'ie di antara Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara.

Kemampuan membaca Al-quran yang begitu baik telah menobatkan Raabiatul meraih gelar 'The Best Muslimah Alquran Recital'. Gelaran itu diraih dalam pertandingan `Miss World Muslimah` di Indonesia pada tahun 2013.

"Dengan kejayaan diraih itu,beliau berjaya mendapat gelaran Pembaca Al-quran Terbaik Muslimah (Best Muslimah Al-Qur'an Recital) keseluruhan dari kesemua aspek pada tahun 2013 apabila berjaya mewakili negara dalam Pertandingan Wanita Muslimah di Republik Indonesia yang bersangkut-paut dengan aktiviti keagamaan," terangnya.

Bukan sekadar itu sahaja,Pangeran Abdul Malik begitu memuji Raabiatul, lantaran kerap terlibat dalam kegiatan sosial. Menurut Pangeran Abdul Malik, Raabiyatul kerap terlibat dalam memperjuangkan hak kaum wanita di negeri itu.

"Bahkan semangat yang dimiliki Yang Mulia terus diperjuangkan setelah kembali ke negara ini dengan berhasrat menyumbangkan aktiviti amal kebajikan terutama sekali kepada hal ehwal kesejahteraan kaum wanita, ibu-ibu dan remaja," katanya.

Post a Comment