Pengarah Operasi Daerah Maritim Tok Bali (DM10), Leftenan Maritim Elmi Shafik Mad Sharif berkata, dua bot tempatan itu didaftarkan sebagai Seroja On 331486 bersama enam awak-awak dan Seroja On 331485 bersama 21 awak-awak.
“Kapal KM Jujur mengesan dan menahan kedua-dua bot pada jam 10 pagi kerana menangkap ikan tanpa lesen sah.
“Mereka menangkap ikan menggunakan kaedah terlarang iaitu secara tunda ganding namun cuba bertindak melupuskan bukti apabila menyedari aset kita menghampiri bot mereka,” katanya.
Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujudnya urus niaga pembelian ikan di tengah laut memandangkan bot-bot kargo yang memukat ikan tidak memiliki peluang untuk mendarat atau menjual hasil tangkapan mereka di pangkalan pendaratan ikan tempatan.
Elmi Shafik berkata, bot kargo hanya boleh menjalankan aktiviti mengangkut barangan sebagaimana permit yang didaftarkan.
Menurutnya, kedua-dua bot dan nelayan warga Vietnam disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 di mana bot mereka boleh dirampas dan tekong didenda sehinga RM1 juta dan awak-awaknya RM100,000.
Sebelum itu katanya, KM Amanah menahan satu bot nelayan Vietnam melakukan aktiviti memukat ikan di sekitar 110 batu nautika dari muara Tok Bali.
“Kita menahan 11 lagi nelayan Vietnam, mereka didapati menceroboh perairan negara dan menangkap ikan tanpa dokumen sah.
“Dua awak-awak akan dihantar ke hospital untuk pengesanan umur sebelum dihantar pulang ke negara mereka mengikut prosedur ditetapkan,” katanya.
Post a Comment