BERITA TERKINI

Monday, 22 December 2014

Asus Zenfone terbaru bakal berada di pasaran pada 2015

Advertisement
Sempena tahun baru, Asus akan memperkenalkan Asus Zenfone baru yang dilengkapi kamera yang menarik. Sementara menunggu pelancarannya, Asus telah menerbitkan video teaser telefon pintar itu untuk para peminatnya.

Asus akan memperkenalkan telefon pintar Asus Zenfone baru yang dilengkapi kamera berkuasa. Pada model sedia ada kamera telefon pintar model ZenFone dilenkapi teknologi PixelMaster yang menggabungkan 4 piksel berhampiran untuk meningkatkan kecerahan gambar sehingga 400%.

Daripada video yang diterbitkan Asus ini, syarikat itu dijangka akan mempertingkatkan fungsi ini ke tahap yang lebih jauh membolehkan ia “melihat apa yang yang lain tidak dapat lihat” atau “See what others can’t see” yang menjadi tagline telefon pintar itu.

Video tersebut memperlihatkan rekabentuk Zenfone baru itu dan walaupun ia dimainkan secara pantas, kelihatan di bahagian belakang telefon pintar itu terdapat dua lensa misteri. Apakah kegunaannya? Adakah ia lensa inframerah bagi melihat dalam gelap?

Apa pun, segala akan diketahui awal tahun hadapan dan ia dijangka dipamerkan di acara MWC2015 nanti.

Post a Comment