BERITA TERKINI

Monday, 22 December 2014

Pesaing Apple Pay bakal dilancar oleh Samsung

Advertisement

Menurut laporan, Samsung akan melancarkan syarikat pembayaran mudah alihnya dalam tahun 2015 yang akan menjadi pesaing Apple Pay. Re/code melaporkan syarikat itu sedang dalam perbincangan dengan syarikat startup LoopPay.

Samsung dilaporkan akan melancarkan syarikat pembayaran mudah alih yang akan menjadi pesaing Apple Pay. Kelebihan sistem Samsung ini ialah ia serasi dengan mesin kad kredit yang digunakan para peniaga masa kini, sekaligus memberikan Samsung satu kelebihan besar dari segi penerimaan para peniaga.

Teknologi sedia ada yang digunakan LoopPay berbentuk satu “rantai kunci” berupa sekeping kad elektronik atau “ChargeCase” yang disentuhkan kepada mesen pembayaran elektronik, menggantikan mencucuk kad kredit pada mesin pembayaran kad kredit. Melihat ini, kita jelas sekali dapat mengagak bagaimana Samsung akan menggunakan teknologi ini dengan telefon pintar keluarannya.

Dengan teknologi ini diintegrasikan pada peranti Samsung, pengguna tidak perlu risau samada kedai yang mereka langgani mempunyai sokongan iPay, Google pay atau apa sahaja mod pembayaran alternatif kerana teknologi Samsung ini sememangnya boleh digunakan dengan mesin “tap to pay” sedia ada. Cara ini dilihat lebih praktikal dan kami boleh melihat ia diimplimentasi di Malaysia tanpa banyak masalah berbanding dengan Apple Pay. Tambahan pula peranti Samsung lebih mampu milik berbanding iPhone.

Lebih menarik lagi, CEO LoopPay dilaporkan berkata semua ini akan dijalankan dalam tahun 2015, walaupun tidak dapat disahkan lagi peranti Samsung mana yang akan dilengkapi teknologi ini. Mungkinkah Samsung Galaxy S6?

Post a Comment