BERITA TERKINI

Saturday, 8 February 2014

Penyamun maut dibelasah

Advertisement

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki menyamun sebuah stesen minyak di Jalan Kepong dekat sini, berakhir dengan kematian apabila dia dibelasah orang ramai yang berang dengan tindakannya.
     Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, sebelum kejadian pada kira-kira pukul 9.40 malam itu, mangsa bersama seorang rakannya yang bersenjatakan sebilah parang telah pergi ke stesen minyak tersebut dengan menaiki motosikal.
      Suspek mengacukan parang kepada juruwang dan meminta menyerahkan wang serta beberapa kotak rokok. Apabila suspek keluar, dia dikejar dan dipukul oleh beberapa orang awam.
      Pemeriksaan mendapati suspek mengalami luka parah di bahagian kanan muka dipercayai dihentak dengan batu. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," kata Zakaria.

Post a Comment