BERITA TERKINI

Tuesday, 4 March 2014

Gadis maut kemalangan jalan raya

Advertisement
KUALA TERENGGANU - Seorang gadis maut setelah motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah lori pasir di Kampung Kubang Jela di sini petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 3.10 itu berlaku ketika mangsa Fateen Faraheen Ahmad Faizi, 23, menunggang motosikal berseorangan dari arah Batu Rakit menghala ke Buluh Gading Manir di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintenden Abdul Halim Ishak berkata mangsa, tukang sapu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan berasal dari Kampung Kubur Batu Rakit, meninggal di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan.

Bercakap kepada pemberita, Abdul Halim meminta orang ramai yang melihat dan mengetahui kejadian ini tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (Hsnz) di sini untuk bedah siasat.

Post a Comment