gambar hiasan
Gelandangan dikenali sebagai Robbie itu menawarkan £3 (RM16) kepada penuntut Universiti Lancashire, Dominique Harrison-Bentzen, 22, selepas wanita terbabit tidak cukup wang untuk membayar tambang teksi kerana beg duitnya hilang.
Robbie turut bimbang dengan keselamatan wanita itu sehingga sanggup memberi wang supaya Dominique dapat pulang ke rumah dengan selamat.
Bagaimanapun, Dominique enggan menerima wang berkenaan sebelum dijemput ibunya, tetapi terharu dengan kemurahan hati Robbie menyebabkan dia nekad membantunya.
Wanita itu memuat naik status di Facebook dan Twitternya untuk mendapatkan sokongan orang ramai sehingga menjadi viral di seluruh dunia, malah turut tidur semalaman di tepi jalan di Bandar Preston Selasa lalu untuk mencari wang membantu Robbie.
Hasilnya, lebih £21,000 (RM114,383) berjaya dikutip dan Dominique turut melancarkan laman web untuk mencari dana bagi membantu Robbie membayar deposit rumah flat.
Post a Comment