Bagaimanapun, kemenangan di Stamford Bridge itu mengundang kritikan pengendali The Blues, Jose Mourinho.
Mourinho berkata, anak buahnya mengalami kesukaran bagi menembusi kubu pelawat meskipun menguasai sebahagian besar perlawanan.
Pada aksi tersebut, Chelsea terpaksa menunggu sehingga minit ke-62 bagi memecah kebuntuan menerusi gol yang dihasilkan Diego Costa.
The Blues memastikan tiga mata jadi milik mereka dengan gol kedua yang dijaringkan Eden Hazard m-73.
"Kami gagal bermain dengan baik terutamanya di babak pertama. Leicester pula bertahan dengan sempurna dan cuba menyerang dengan serangan kilat.
"Ada kalanya pemain saya lambat bertindak dan gagal membuat hantaran dengan sempurna. Kami perlu ubah situasi ini dengan segera.
"Apa pun, saya fikir di babak kedua permainan kami semakin bagus. Kami mencipta banyak peluang dan secara dasarnya kami memang layak untuk raih tiga mata," katanya.
Selepas dua perlawanan, Chelsea kini di tangga teratas liga dengan mengumpul enam mata.
Post a Comment