BERITA TERKINI

Monday, 25 August 2014

Kemenangan ke atas ATM aksi terbaik TRW

Advertisement
PENGENDALI Kelantan, George Boateng menyifatkan kemenangan 3-0 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) malam kelmarin adalah aksi terbaik pemain The Red Warriors pada kempen Piala Malaysia musim ini, lapor MOHD FAHMI ISMAIL.

Menurutnya, segala petua diperturunkan kepada skuad bimbingannya pada waktu rehat babak pertama membuahkan hasil apabila berjaya memecah kebuntuan jaringan 45 minit pertama.

Hasilnya, awang import Francis Forkey Doe menggegar jaring tuan rumah menerusi gol pertama TRW m-51.

“Saya beritahu pemain supaya tekan pihak lawan sebaik bermula babak kedua. Penting untuk buru gol sulung dan kami berjaya hasil kesilapan penjaga gawang ATM,” katanya selepas perlawanan di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Menurutnya, kemampuan menguasai jentera bahagian tengah diketuai kapten marvel, Badhri Radzi membolehkan Kelantan muncul pemenang mutlak.

Kini, Boateng mahu melupakan kemenangan lalu dan fokusnya terarah kepada pertembungan pusingan kedua menentang ATM, malam esok.

Post a Comment