BERITA TERKINI

Monday, 17 March 2014

Timbalan Mufti Kelantan imamkan solat sunat Istisqa

Advertisement
TUMPAT – Sebagai ikhtiar selari dengan ajaran Islam bagi menyelesaikan masalah kemarau, kira-kira 200 penduduk kampung Pasir Pekan Hilir menunaikan solat sunat Istisqa di Padang bola Tok Janggut di sini, pagi semalam.

Solat anjuran Unit Peti Undi (UPU) Pasir Pekan, diimamkan oleh Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob turut serta dalam solat sunat Istisqa tersebut.

Ahmad berkata, lebih ramai umat Islam melakukan solat sunat Istisqa adalah lebih baik untuk memohon kepada ALLAH S.W.T supaya musim kemarau tidak berpanjangan.

“Atas sepakat semua pihak, diadakan solat sunat Istisqa ini untuk memohon diturunkan hujan,” katanya selepas solat istisqa tersebut.

Menurutnya, cuaca panas yang melanda di negeri ini,  rakyat juga dinasihatkan berwaspada dengan musibah kebakaran

“Saya minta rakyat di negeri sentiasa berwaspada dan mengambil berat punca yang boleh menyebabkan berlaku kebakaran kerana musim kemarau ini kebakaran mudah berlaku,” katanya.

Selepas solat Istisqa tersebut kira-kira jam 11 pagi Kelantan dilanda hujan selepas hampir dua bulan negeri ini tidak menerima hujan.

Sebelum itu, jam 5 pagi hujan sudah membasahi bumi Kelantan.

Post a Comment