Menurut pengurus dari Belanda itu, hanya keajaiban serta keazaman tinggi pemain sahaja yang mampu mengangkat kembali martabat The Red Devils.
Pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu, United dikejutkan Swansea City 1-2 di Old Trafford.
Kekalahan tersebut menggoncang keyakinan peminat kelab itu setelah berdepan persembahan buruk, musim lalu.
"Untuk kembali ke landasan dan menjuarai semula liga memerlukan sedikit tuah dan keajaiban. Tapi bukan bermakna ia (kejuaraan) tidak mungkin diraih. Peluang sentiasa ada tapi kami harus tempuhi halangan.
"Berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya sentiasa bermula perlahan. Tapi kejayaan pada musim pertama bersama Barcelona dan Bayern Munich menceritakan segala-galanya," ujar van Gaal.
Van Gaal menambah: "Apa yang saya lakukan di Bayern Munich adalah satu keajaiban kerana ketika saya mula membimbing mereka, pasukan itu dalam keadaan huru-hara."
Post a Comment