Tertuduh, Raja Izatucarreys Raja Ibrahim, 34, membuat pengakuan bersalah di hadapan hakim Mohd Yusoff Yunus selepas pertuduhan dibacakan juru bahasa mahkamah, semalam.
Mahkamah bagaimanapun menetapkan 8 Mei depan untuk laporan kimia sebelum hukuman dijatuhkan dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa memiliki dua botol plastik lut sinar bertudung kuning di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Belanga Kuala Krai pada jam 6.30 pagi, 3 April lalu.
Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau minimum penjara lima tahun dan minimum 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof. Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak mengemukakan sebarang rayuan.
Post a Comment