Pengarah Kastam Kelantan, Datuk Azis Yacub berkata, bertindak atas maklumat awal, sepasukan anggota Kastam mendapati terdapat sebuah lori 10 tan ditinggalkan di Felda Bukit Tandak, jam 3 pagi.
Menurutnya, selepas menunggu hampir dua jam, suspek tidak kembali.
“Hasil siasatan mendapati, terdapat 424 kotak dibaluti plastik hitam, seberat lebih sembilan kilogram.
“Nilai rampasan mercun dan bunga api ini dianggarkan RM305,811 dan dipercayai akan diedar ke seluruh Kelantan, Terengganu serta Pahang,” katanya.
Azis berkata, penjenayah menggunakan taktik mengumpul mercun di sesebuah kawasan khas sebelum diedarkan ke seluruh Pantai Timur dan ia rampasan pertama membabitkan mercun sempena Aidilfitri tidak lama lagi.
Dalam pada itu, beliau turut berbangga apabila nilai kutipan cukai di seluruh Kelantan menghampiri nilai ditetapkan KPI iaitu RM209 juta.
“Bermula Januari hingga 31 Mei lalu, kita berjaya kutip RM129 juta, melebihi separuh dan menghampiri nilai KPI.
“Nilai terbesar adalah cukai petroleum dan kita yakin dapat mencapai nilai ditetapkan menjelang hujung tahun ini,” katanya.
Post a Comment