"Jujur saya katakan, saya sedang berkawan dengan seseorang. Kami sudah berkawan sejak setahun lalu. Buat masa sekarang belum ada perancangan yang serius tentang perhubungan ini. Insya-Allah dalam tempoh tiga tahun lagi iaitu ketika umur saya 35 tahun," ujar Shah yang masih belum mendedahkan identiti wanita itu.
"Mereka OK. Mereka serahkan segala keputusan di tangan saya. Lagi satu, mereka tidak pernah letakkan sebarang kriteria siapa bakal isteri saya. Selagi saya suka, mereka akan terima. Paling penting, mereka juga tidak pernah mendesak," tambahnya.
Dalam pada itu, Shah turut mengakui dirinya kurang berdisiplin di mana ada ketikanya lambat ke lokasi penggambaran.
"Silap saya juga apabila tidak boleh merancang jadual kerja dengan betul. Dalam hal ini, semua orang pasti pernah melakukannya. Memang ada yang 'complain' tapi saya tidak salahkan mereka sebab itu salah saya sendiri. Lagi pula, saya memang belum berdisiplin sepenuhnya," jelas Shah yang kini sedang dalam proses penggambaran drama bersiri 'BIB' sebanyak 30 episod terbitan Zeel Production.
Jika anda ingin mengetahui kisah lanjut berkenaan peribadi dan karier Shah Iskandar, jangan lupa dapatkan Media Hiburan terbaru (20-26 Disember 2014) di pasaran sekarang!
Post a Comment