Ronaldo, 29, yang tidak menjangka untuk memiliki patung seumpama itu menyifatkan patung yang diperbuat daripada gangsa terbabit 'lebih kacak dari dirinya'.
Untuk rekod, sebelum ini Ronaldo sudah mempunyai muzium yang mempamerkan pembabitan kerjayanya sebagai pemain bola sepak di Madeira.
Berasaskan gangsa dengan berat sekitar 800 kilogram, patung setinggi 2.4 meter tersebut menjulang tinggi berdekatan muzium CR7 yang sudah diumumkan pada Disember tahun lalu. Perasmian patung ini dihadiri oleh para ahli keluarga Ronaldo, dan masyarakat Madeira.
Post a Comment