Sementara itu, seorang penduduk dari Kampung Padang Kubu di Kemaman, Zaiti Osman, 53, berkata beliau tidak menyangka hujan yang lebat sejak malam semalam mengakibatkan air sungai berdekatan iaitu Sungai Tebak melimpah dan mula memasuki rumahnya seawal 7 pagi tadi. "Saya memang dah bersedia awal dan semua barang sudah diangkat ke tempat lebih tinggi sejak sebulan lalu. "Pagi tadi saya sempat meletakkan pakaian anak-anak serta tiga cucu ke dalam van sebelum berpindah 7.30 pagi sebelum air naik ke paras paha dalam rumah," katanya ketika ditemui Bernama di Balai Raya Padang Kubu hari ini. Zaiti berkata pengalaman banjir tahun lalu yang telah memusnahkan barang dapur serta sebuah kereta milik suaminya, Mohamad Ngah, 56, menyebabkan mereka sekeluarga lebih bersedia untuk menghadapi banjir tahun ini.
Monday, 15 December 2014
Banjir semakin buruk di Terengganu
Posted by Sinarharial on 16:22 in Berita Isu Semasa | Comments : 0
Sementara itu, seorang penduduk dari Kampung Padang Kubu di Kemaman, Zaiti Osman, 53, berkata beliau tidak menyangka hujan yang lebat sejak malam semalam mengakibatkan air sungai berdekatan iaitu Sungai Tebak melimpah dan mula memasuki rumahnya seawal 7 pagi tadi. "Saya memang dah bersedia awal dan semua barang sudah diangkat ke tempat lebih tinggi sejak sebulan lalu. "Pagi tadi saya sempat meletakkan pakaian anak-anak serta tiga cucu ke dalam van sebelum berpindah 7.30 pagi sebelum air naik ke paras paha dalam rumah," katanya ketika ditemui Bernama di Balai Raya Padang Kubu hari ini. Zaiti berkata pengalaman banjir tahun lalu yang telah memusnahkan barang dapur serta sebuah kereta milik suaminya, Mohamad Ngah, 56, menyebabkan mereka sekeluarga lebih bersedia untuk menghadapi banjir tahun ini.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment