Dalam kejadian tersebut, mangsa, Wan Quroisy Wan Daud, 15, pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Chung Cheng bagaimanapun terselamat selepas peragut berkenaan gagal memperoleh hasil namun dompet lelaki terbabit yang tercicir.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superitendan Idris Abd Rafar memberitahu, suspek bagaimanapun tidak mendapat apa-apa hasil daripada tindakannya itu.
“Mangsa mengalami sedikit kecederaan semasa bergelut dengan peragut kerana lelaki tersebut cuba menikamnya menggunakan sebatang pemutar skru.
“Semasa kejadian, mangsa bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bermain futsal melalui lorong belakang rumah di kawasan kejiranan tidak jauh dari rumah mangsa,” katanya.
Idris berkata, mangsa dan rakannya didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda dan bertanyakan jalan keluar dari kawasan kejiranan situ.
“Apabila mangsa dan rakannya menunjukkan jalan, pembonceng motosikal telah ternampak beg duit rakan mangsa dalam poket seluar dan cuba ambil beg duit tersebut.
“Mangsa cuba halang suspek menyebabkan suspek cuba menikam mangsa tetapi sempat mengelak menyebabkan mangsa mengalami sedikit kecederaan di bibir bawah sebelah kanan mulut mangsa dan terjatuh,” katanya.
Apabila mereka menjerit meminta tolong, kedua-dua suspek itu melarikan diri dan pada masa yang sama beg salah seorang lelaki tersebut telah terjatuh.
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap kepada dompet tersebut mendapati penama pada kad pengenalan merupakan seorang lelaki berusia 39 tahun dan tersebut mempunyai tiga rekod jenayah lampau.
Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan (KK).
Post a Comment