Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi di ruang dapur rumah pekerja di Kampung Batu Hampar.
"Bagaimanapun, mangsa yang juga pekerja kilang ternakan ikan, Bilbahadur Tamang, 42, tidak mengalami kecederaan serius dan berdasarkan siasatan awal, mangsa serta suspek adalah rakan sekerja di kilang tersebut.
"Ketika mangsa sedang memotong sayur untuk dimasak, suspek memberitahu mangsa tidak buat kerja tetapi dinafikan oleh mangsa," katanya.
Menurutnya, mangsa pula menuduh suspek memburukkannya kepada majikan dan berlaku pergelutan.
"Suspek merampas pisau daripada mangsa dan menikam badan mangsa yang dalam keadaan tunduk semasa pergelutan berlaku.
"Hanya mereka berdua sahaja yang bekerja di kilang itu dan difahamkan sebelum kejadian, berlaku satu pertengkaran antara mereka," katanya.
Haliludin berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pasir Mas oleh majikannya dan dilaporkan stabil.
"Suspek juga telah ditahan dan pihak polis merampas pisau yang digunakan suspek ketika kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.
Post a Comment