Ahmad Rosdi Mat Nor, 39 kini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah tempat dia berteduh musnah dalam kebakaran yang berlaku pada kira-kira jam 6.45 petang.
Menurut Ahmad Rosdi, dia hanya mengetahui kejadian tersebut setelah diberitahu oleh penduduk kampung.
"Semasa kejadian, saya tiada di rumah kerana keluar bekerja. Selepas dapat tahu mengenai kebakaran itu, saya bergegas pulang dari tempat kerja yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah.
"Ketika sampai di rumah, saya lihat api merebak dengan cepat dan saya hanya mampu memandang dari jauh tanpa sempat selamatkan apa-apa," katanya.
Ahmad Rosli kini terpaksa menumpang di rumah jiran untuk sementara waktu kerana pendapatannya sebagai buruh menyukarkannya untuk mendapatkan rumah sewa.
Katanya, dia tidak mempunyai adik-beradik atau saudara-mara dan pendapatannya pula tidak menentu serta hanya cukup untuk perbelanjaan harian.
"Sebelum ini pun, saya hidup bergelap tanpa kemudahan bekalan elektrik kerana tidak mampu membayarnya," katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Pegawai Bomba Kanan II, Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada kira-kira jam 6.45 petang.
Menurutnya, seramai lima anggota bomba dan sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk melaksanakan kerja-kerja menyelamat serta memadam kebakaran.
"Punca kebakaran masih dalam siasatan dan kerugian dianggarkan berjumlah RM30,000," katanya.
Post a Comment