Pengakuan bersalah itu dibuat tertuduh, Mohd Zailani Kari, 30, di hadapan majistret Nik Habri Muhamad selepas pertuduhan dibacakan juru bahasa mahkamah, kelmarin.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 30 Jun ini untuk mendengar keterangan impak mangsa sebelum hukuman ditetapkan.
Mengikut pertuduhan Mohd Zailani, didakwa cederakan isterinya, Aaina Azura Rosli, 30, gunakan tangan sehingga datangkan kecederaan pada matanya kira-kira jam 7 pagi di Kampung Alor Mas, Ketereh, 25 Mei lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan lain juga, pada masa, lokasi dan tarikh yang sama tertuduh didakwa mengancam hendak mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.
Tertuduh ketika prosiding minta mahkamah supaya mengenakan jaminan minimum terhadapnya.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Bagi pertuduhan pertama Dayana menawarkan ikat jamin sebanyak RM2,000 manakala bagi pertuduhan kedua jaminan tidak ditawarkan kepada tertuduh. Mahkamah benarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 untuk kedua-dua pertuduhan dan boleh dijamin isterinya sahaja.
Post a Comment