BERITA TERKINI

Friday, 23 May 2014

G-Orange Homemart Sdn Bhd tawar hadiah percuma untuk pelanggan

Advertisement
KOTA BHARU - Pusat sehenti barangan kelengkapan rumah, G-Orange Homemart Sdn Bhd tawar hadiah percuma kepada pelanggan dengan setiap pembelian mozek RM2,000 ke atas sempena pembukaan rasmi pusat pameran jubin dan mozek terbesar di negeri ini, di sini, semalam.

Eksekutif Pemasarannya, Hanafi Loh Abdullah berkata, pusat pameran dengan 'one stop' konsep itu  khusus untuk mozek, rekaan kabinet dapur dan hiasan dalaman dengan tawaran harga paling kompetitif.

Menurutnya, mozek gred A buatan tempatan dan juga diimport dari luar negara itu dijamin kualitinya paling penting dapat memenuhi cita rasa  serta mampu milik.

“Lapan hari bermula 22 hingga 29 Mei ini, kita akan beri hadiah istimewa bagi setiap pembelian mozek RM2,000, RM5,000, RM8,000 dan RM11,000 ke atas. Ia pastinya dapat membantu menjimatkan perbelanjaan kerana dapat membeli mozek dan jubin dengan harga murah.

“Mozek yang didatangkan dengan pelbagai saiz ini pastinya dapat memenuhi cita rasa pengguna, paling istimewa terdapat 'glass' mozek yang pelbagai corak untuk kegunaan di bilik air, dinding dapur dan ruang tamu,” katanya selepas perasmian pembukaan pusat jualan jubin dan mozek, semalam.

Perasmian disempurnakan Pengarah Urusannya, Raymond Ng dan Pengarahnya, Mohd Derepi.

Dalam pada itu, Hanafi berkata, rekaan mozek dan jubin di G-Orange adalah termoden, dengan cita rasa klasik dan eksklusif, dibantu dengan jurujual berpengalaman yang sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat kepada pelanggan.

“Perkhidmatan kita istimewa kerana terdapat lima pereka  akan berikan rekaan 3D secara percuma kepada pelanggan mengenai lakaran awal dapur atau konsep mereka inginkan.

“Mereka yang berminat boleh mengunjungi bilik pameran kami di sini untuk mendapat ilham terbaik kerana perkhidmatan yang diberikan merangkumi gabungan rekaan mozek dan dapur,” katanya.

Tambahnya, jika berminat pelanggan hanya perlu membawa pelan rumah dan pihaknya akan menyediakan visual 3D termasuk warna lantai dan dinding mozek yang bersesuaian dengan kabinet.

“Bajet kabinet daripada harga serendah RM5,000 ke atas, 'one stop' konsep bermakna rekaan mozek lantai serta dinding, kabinet dan perkakasan yang sempurna dengan kombinasi warna menarik.

“Termasuk barangan elektrik seperti peti sejuk, ketuhar dan ketuhar gelombang mikro untuk perancangan masa depan, bangunan baharu berkonsepkan 'mall' sedang dibina, mungkin siap Disember atau awal tahun ini. Kita akan tambah lebih banyak barangan baharu terutama bahan binaan luaran dan dalaman,” katanya.

Sementara itu, Raymond berkata, konsep One Stop Centre tersebut bagi memudahkan pelanggan yang tidak mempunyai masa untuk membeli produk di bawah satu bumbung.

Post a Comment