Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, tangkapan dibuat berikutan siasatan lanjut polis mendapati suami kepada suspek wanita terbabit tidak terlibat dalam kejadian pada malam itu.
Menurutnya, sebaliknya suspek wanita berusia 20 tahun yang sedang mengandung itu melakukan perbuatan tersebut dengan lelaki lain.
“Susulan itu polis telah melakukan operasi memburu lelaki tersebut dan berjaya memberkasnya di sebuah rumah di Kampung Gerai dekat Jertih, pada jam 8.30 malam Ahad lalu,” katanya.
Suspek berusia 27 tahun itu dan wanita berkenaan ditahan, manakala suaminya dari Kampung Bukit Tanah, Kerandang dibebaskan.
Katanya, kedua-dua mereka direman untuk siasatan lanjut dan saringan terhadap suspek ketiga mendapati dia positif dadah jenis methampetamine (pil kuda). Suspek dari Kampung Gerai itu juga mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
Kamaruddin berkata, polis turut menemui semula barang kemas yang disamun dan menganggap kes tersebut selesai.
Dalam kejadian itu, mangsa, Napisah Hamad, 56, bukan sahaja terpaksa bermalam di Hospital Besut beberapa hari selepas mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul seorang lelaki tetapi turut kerugian apabila seutas gelang tangannya dilarikan suspek.
Cucu lelakinya yang berumur 10 tahun turut dipukul di kepala dengan sebatang kayu.
Post a Comment