BERITA TERKINI

Wednesday, 12 March 2014

Pemandu nyaris maut lori terbalik

Advertisement
KUALA LIPIS - Seorang pemandu lori nyaris maut selepas lori 18 tayar yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di kilometer 5 jalan Kuala Lipis-Benta berhampiran simpang Tempoyang di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Abdul Razak Hassan berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 3.40 petang itu dipercayai berlaku apabila lori yang membawa muatan penuh “chipboard” datang dari kilang Mieco, Kechau Tui menghala ke Pelabuhan Klang gagal dikawal.

“Maklumat daripada pemandu lori berusia 33 tahun menyatakan lori terbabit mengalami masalah akibat besi spring di bahagian tengah lori patah.

“Ini menyebabkan lori berkenaan gagal dikawal dan sampai di tempat kejadian kenderaan terbabit terbabas sebelum melanggar batu di bahagian pembahagi jalan dan terbalik,” katanya di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, bagaimanapun siasatan awal pihak polis mendapati bahawa pemandu lori berkenaan gagal  mengawal kenderaan akibat muatan penuh dan laluan berselekoh di kawasan terbabit.

‘Setelah gagal mengawal kenderaan berkenaan, pemandu lori itu merempuh batu pembahagi jalan dan melambung sebelum lori terbabit terbalik. Ini menyebabkan  besi spring di bahagian tengah lori patah.

“Kita bernasib baik kerana tiada kenderaan lain kelur masuk di simpang berkenaan dan pemandu lori itu hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Post a Comment