Dalam kejadian petang Sabtu lalu, Mohd Anuar bersama empat rakannya dalam perjalanan pulang dari menangkap ikan sebelum kenderaan dinaiki tersekat dalam sebatang alur sungai berhampiran Jeram Berasap, Padang Kubu, di sini.
Mohd Anuar berkata, memandangkan kawasan itu tiada liputan untuk rangkaian telefon, radio amatur menjadi alat perhubungan buat dia dan rakan-rakan untuk berhubung dengan orang di luar hutan.
“Selepas kenderaan yang kami naiki terkandas, saya segera membuat panggilan menggunakan radio amatur dan amat lega kerana ada orang yang datang menyelamatkan kami,” katanya.
Kelima-lima mangsa diselamatkan oleh pasukan pacuan empat roda (4X4) Pas Kemaman Adventure Team (Pakat).
Sejurus mendapat maklumat mengenai kejadian itu, tiga kenderaan pacuan empat roda Pakat bergerak menuju ke hutan sawit Padang Kubu pada jam 10 malam.
Setelah melalui perjalanan sejauh 10 kilometer iaitu pada jam 1.30 pagi, konvoi penyelamat selamat tiba di tempat kejadian dan setelah bertungkus-lumus akhirnya pada jam 3 pagi, kenderaan yang terperangkap dalam lumpur itu berjaya dibawa keluar.
Post a Comment