Hukuman diputuskan Majistret Mohd Firdaus Saleh terhadap Ahmad Shafiq Rahman, 24, selepas menukar pengakuan bersalah pada hari sebutan semula kes semalam.
Ahmad Shafiq bersama rakannya yang tidak mengaku bersalah, Ahmad Nabil Fikri, 24, didapati bersama-sama memalsukan sijil cuti sakit dengan nombor siri P436074 bagi membuktikan seorang lagi rakannya, Mohamad Syakir Ashari, 25, sakit pada 30 September lalu.
Terdahulu, Ahmad Shafiq yang diwakili Peguam, Ishak Kari merayu supaya hukuman ringan diberikan dengan alasan kesalahan dilakukan anak guamnya yang mempunyai isteri yang tidak bekerja tidak melibatkan kerugian besar kecuali kepercayaan.
“Selain isterinya baru mengalami keguguran, tertuduh telah pun menerima hukuman secara tidak langsung apabila hilang pekerjaan selepas kejadian tersebut, sedangkan ketika itu dia baru melangsungkan perkahwinan,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika mengendalikan kes meminta mahkamah memberikan hukuman bersifat literan yang mampu memberi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tetapi pihak klinik kesihatan memandangkan MC kini dilihat mudah dipalsukan.
Selepas meneliti fakta kes, mendengar rayuan dan hujah kedua belah pihak, selain Mohd Firdaus menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh penjara sehari dan denda RM3,000 atau penjara selama enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Post a Comment