BERITA TERKINI

Wednesday, 12 March 2014

Ditahan cuba larikan batu marmar

Advertisement
KULIM - Hasrat tiga lelaki untuk melarikan batu marmar dari sebuah rumah yang sedang dalam binaan di Taman Beringin Indah tidak kesampaian apabila kegiatan mereka dikesan penduduk.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang semalam ketika suspek berada dalam keadaan mencurigakan berada di tempat kejadian.

“Orang awam menghubungi saya dengan menggunakan alat perhubungan. Saya kemudiannya mengarahkan ahli PPKM untuk membuat pemantauan, bagaimanapun gagal menemui suspek. Ahli PPKM terus mencari suspek dan berjumpa tiga lelaki menaiki motosikal.

"Kerana takut ditahan PPKM, dua suspek melarikan diri dengan menunggang motosikal, manakala seorang lagi menaiki kereta.

"Suspek berjaya ditahan setelah motosikal ditunggang mereka terbabas dan mereka terhumban di tepi jalan,” katanya.

PPKM kemudiannya menghubungi unit MPV polis dan membawa suspek ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut.

Eng Khim berkata, suspek sering mencuri marmar di sekitar kawasan taman perumahan baru bagaimanapun perbuatan mereka kali ini gagal.

Post a Comment