Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, dalam insiden yang berlaku jam 3 petang itu, mangsa, Hasan Haedi, 28, meninggal dunia di tempat kejadian kerana tersepit dan tertindih jentera berat itu.
Menurutnya, kejadian berlaku di ladang kelapa sawit Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) di Jalan Kota Tinggi-Kulaijaya, dekat sini.
“Mangsa cedera parah akibat tersepit dan ditindih stereng jentera tersebut pada bahagian dada. Siasatan awal juga mendapati traktor yang dinaiki mangsa terbabas semasa hendak mengundur sebelum terjatuh ke dalam gaung.
“Mangsa berjaya dikeluarkan jam 5.30 petang dan dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Kota Tinggi untuk urusan bedah siasat,” katanya.
Rahmat berkata, mayat mangsa dituntut abangnya untuk dikebumikan di kampung asal mereka di Desa Bagek Papan, Lombok Timur, Indonesia.
Post a Comment