Dalam serbuan di Kampung Sungai Karang kira-kira jam 10 pagi itu, seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan di rumahnya dan polis mendapati dua kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Kancil dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di hadapan rumahnya.
Suspek yang beralamat di Felda Kerteh 6, Dungun Terengganu itu ditahan kira-kira jam 10 pagi dan kereta kancil berwarna perak dan Hilux biru itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.
Dalam serbuan kedua, polis menangkap lima lelaki berusia di antara 30 hingga 47 tahun di Kampung Sungai Karang Pantai, Beserah dan merampas sebuah motosikal curi jenis Honda Wave.
Serbuan ke atas mereka dilakukan kira-kira jam 10.30 malam kelmarin dan selepas ujian urin, kesemua suspek positif dadah.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, dalam serbuan sama, polis menahan 32 lelaki membabitkan enam warga Myanmar.
“Operasi bersepadu ini dijalankan diketuai tiga pegawai dengan 33 anggota di tiga kawasan iaitu Kampung Chengal Lempong, Beserah, kawasan Kemunting dan kawasan Tanjung Lumpur,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, 13 warga Myanmar tidak mempunyai dokumen perjalanan sah manakala 37 kes membabitkan dadah.
Katanya, 24 daripada kes dadah akan disiasat di bawah seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983 manakala lapan suspek akan disiasat di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1852 dan satu kes disiasat di bawak seksyen 12(2) akta dadah berbahaya 1952.
Jasmani berkata, polis juga merampas dadah dan wang tunai berjumlah RM2,000 bersama seorang suspek.
Kesemua mereka di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut.
Post a Comment