BERITA TERKINI

Sunday, 23 February 2014

TRW sasar suku akhir piala AFC

Advertisement
Buat kali ketiga berturut-turut beraksi pada pentas kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2014, Kelantan meletakkan sasaran layak ke suku akhir  berdasarkan pengalaman dimiliki sebelum ini.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, kali ini The Red Warriors (TRW) perlu menjuarai pusingan awal dalam kumpulan atau berada pada kedudukan dua teratas.

“Selepas melepasi peringkat kumpulan ini kita bakal berhadapan dengan gergasi bola sepak Asia Barat dan ia pastinya sesuatu yang menarik buat barisan pemain dan pengurusan.

“Tahun ini saya lihat ia sesuatu yang mencabar terutamanya dengan barisan pemain muda yang kita ada namun, itu bukanlah alasan buat pasukan melakukan yang terbaik.

“Menyedari perlawanan itu  bukanlah mudah kita akan berbincang mencari strategi dan percaya semua ini telah tersedia dan pemain juga memahaminya,” katanya selepas Majlis Pelancaran Jersi AFC 2014 di Menara Mara, semalam.

Sementara itu Pengendali TRW, Steve Darby menyifatkan aksi di pentas AFC kali ini satu peluang berharga buat anak didiknya mempamerkan kualiti bola sepak.

“Semua perlawanan yang melibatkan Kelantan bernilai dan kutipan tiga mata amat berharga dalam aksi pertama di tempat lawan Selasa ini menentang Yangon United, Rabu nanti,” katanya.

TRW yang beraksi buat tiga kali berturut-turut dalam kejohanan ini diundi dalam Kumpulan G bersama Yangon United (Myanmar), XM Vissai Ninh Binh (Vietnam) dan South China atau Pegasus (Hong Kong).

Selain Kelantan yang membawa nama dalam kejohanan ini, Selangor turut beraksi dan diletakkan dalam Kumpulan F serta bakal menentang Ha Noi T&T (Vietnam),  Arema Indonesia (Indonesia) dan Maziya S&R (Maldives).

Post a Comment