Ketua Perkhidmatan Teknikal Asia Pasific Resources International Limited (April) di wilayah Riau, M. P. Periasamy berkata kepada Straits Times, sebanyak 55 kebakaran telah dilaporkan berhampiran kawasan tanaman pada lima minggu pertama tahun ini.
"Struktur tanah di sini memerlukan lima hari untuk kering dan ini meningkatkan kebimbangan di kalangan penduduk setempat,"katanya dalam satu kenyataan.
Syarikat pengeluar pulpa dan kertas kedua terbesar dunia itu juga telah menempatkan lebih 300 anggota bomba dan penyelamat bagi menangani kebakaran yang dijangka meningkat susulan cuaca kering diramalkan di wilayah itu.

Post a Comment