Dipetik laporan AFP, Agensi Alam Sekitar Britain mengeluarkan 14 amaran berjaga-jaga di beberapa daerah termasuk di bahagian barat ibu negara selepas Sungai Thames melimpah.
Sementara itu, jurucakap bomba Berkshire memaklumkan bahawa anggota penyelamat kini sedang bertungkus-lumus memindahkan mangsa terjejas.
“Sekurang-kurangnya 16 penduduk berjaya diselamatkan selepas kediaman mereka di Wraysbury ditenggelami banjir,” katanya.
Difahamkan, kebanyakan penduduk mengkritik tindakan pihak berkuasa yang didakwa lambat bertindak dan gagal melindungi harta benda mereka daripada musnah akibat banjir.
Dalam perkembangan lain, agensi meteorologi tempatan meramalkan cuaca buruk dijangka berterusan selama beberapa hari lagi selepas negara itu mencatatkan taburan hujan tertinggi sejak 1766.

Post a Comment