BERITA TERKINI

Wednesday, 12 February 2014

Simpan mayat suami tujuh tahun

Advertisement

SEOUL-Kerana cintanya yang mendalam,seorang wanita di Korea Selatan sanggup menyimpan mayat suaminya selama tujuh tahun.
              Chao,47 seorang ahli farmasi dipercayai mengawet dan menyimpan mayat suaminya di kediaman mereka. Mengikut jurucakap polis tempatan,keadaan mayat bagaimanapun mempunyai sedikit tanda pereputan .
              "Ia dijaga dengan baik dan berada dalam keadaan bersih.Kami tidak tahu bagaimana wanita itu melakukanya,"Difahamkan, Chao mempunyai kedai ubat sendiri telah menggunakan kemahiran serta latihan farmaseutikal yang dipelajari untuk melakukan proses mengawet.
               Bagaimanapun Chao tidak ditahan tetapi masih berada dalam siasatan bagi kesalahan kecuaian jenayah.

Post a Comment