BERITA TERKINI

Sunday, 9 February 2014

Hotel di Madinah terbakar

Advertisement
MADINAH: Sekurang-kurangnya 13 orang terkorban manakala 130 lagi cedera selepas Hotel Ishraq Al Madinah di wilayah Madinah, Arab Saudi terbakar lewat semalam, lapor Agensi berita Saudi (SPA).

Pasukan bomba Arab dan pasukan pertahanan awam berjaya mengawal api dari merebak selepas beberapa jam bergelut dengan api yang marak, manakala mereka yang cedera dibawa ke hospital.

Laporan berhubung punca kebakaran masih belum dikeluarkan, namun siasatan sudah dilancarkan.
Madinah kini menjadi tuan rumah kepada ramai jemaah yang menunaikan Umrah dari Turki dan Mesir.

Pegawai rasmi Direktorat Hal Ehwal Agama Turki, Nevzat Ünal berkata mereka juga sedang mengesan di semua hospital di bandar itu berikutan bimbang mungkin ada warga Turki yang menginap di hotel berkenaan.
Madinah Al-Munawarah, bermaksud “bandar yang berseri”, adalah tempat pemakaman Nabi Muhammad dan bandar suci Islam kedua selepas Makkah, di mana terdapatnya Masjid Besar dan Kaabah.

Ibadah Umrah di Makkah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun. Walaupun Haji lebih utama dan wajib bagi setiap umat Islam yang sihat dan mampu, Umrah pula tidak wajib namun amat disyorkan. Ia kadangkala “haji kecil”.

Sementara itu stesen televisyen Mesir melaporkan ramai warga negara itu maut dalam kebakaran yang berlaku, tetapi jurucakap kementerian luar, Badr Abdelatty berkata, Kaherah sedang berusaha mengesahkan bilangan rakyatnya yang terkorban.

Post a Comment