BERITA TERKINI
Showing posts with label Gosip Artis. Show all posts
Showing posts with label Gosip Artis. Show all posts

Wednesday, 11 November 2015

Heboh!! Al Ghazali bercinta dengan anak menteri Malaysia


MEDIA Indonesia kini sedang heboh dengan berita percintaan anak penyanyi dan komposer terkenal negara itu, Ahmad Dhani dengan anak perempuan seorang menteri kabinet Malaysia.

Anak teruna Ahmad Dhani yang bernama Al Ghazali, dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan anak Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tengku Nadira Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Perkhabaran itu diperkuatkan lagi dengan kelibat keduanya yang hadir berpegangan tangan dalam sebuah majlis anugerah, baru-baru ini.

Kedua-duanya juga dikatakan tidak menafikan mereka sedang rapat.

Tengku Nadira merupakan anak bongsu Tengku Adnan dengan isterinya, Enny Beatrice yang merupakan seorang pelakon yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia.

Tengku Nadira juga terkenal sebagai penyanyi di negara seberang.

Wednesday, 7 October 2015

Duda didenda RM5,000 tunjuk kemaluan di hadapan penyanyi No 1 Malaysia

Padah menunjukkan kemaluannya di hadapan penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur  pada hari Ahad lalu, seorang duda berusia 49 tahun didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang.

Majistret Noor Farah Hazwani Osmon telah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap  tertuduh Amiruddin Sulaiman selepas beliau mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan.

Menurut portal Harian Metro, tertuduh didakwa menghina kesopanan pembantu rumah penyanyi itu dengan cara menunjukkan kemaluannya  kira-kira jam 5 petang hujung minggu lepas.

Jika dendan itu tidak dapat dilaksanakan, mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara enam bulan. Bagi kesalahan itu, Amiruddin didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau keduanya-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Monday, 21 April 2014

Adakah rumahtangga Adam dan Fiza Elite kembali retak?

NAMA Adam dan Fiza kembali menjadi perhatian selepas bekas ahli anggota Elite itu dikatakan memfailkan penceraian di mahkamah syariah di Shah Alam minggu lalu.

Khabar itu tentu sekali mengejutkan ramai selepas Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, menerusi kenyataan kepada beberapa portal hiburan minggu lalu memberitahu dia dan isterinya tidak bergaduh dan meminta agar semua mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga mereka.

Ditebak sekali lagi mengenai perihal rumah tangganya, Adam berkata kepada Zass, : "Maaf saya tidak mahu komen mengenai hal peribadi. Tunggu saja masa dan ketikanya nanti, pasti akan mengetahuinya," jelas Adam yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Sebelum ini Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, dan Adam mengejutkan peminat dan industri seni apabila mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga September tahun lalu.

Pernikahan itu berlangsung  dalam majlis serba sederhana di Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam selepas dua bulan berkenalan.

Bagaimanapun sebulan selepas itu, hal rumah tangga mereka menjadi perhatian apabila pasangan ini dikatakan bergaduh besar di stesen minyak dipercayai akibat perasaan cemburu Adam selepas Fiza terjumpa dengan bekas teman lelakinya.

Namun, Adam yang dihubungi selepas itu menjelaskan hubungan mereka masih dalam keadaan baik. Bagaimanapun beberapa bulan kemudian, sekali lagi perkahwinan Adam dan Fiza jadi bahan perhatian selepas Fiza dilihat memadam gambar-gambar suaminya di Instagram.


Luahan hati Fiza

Bagaimanapun usaha Zass untuk mendapatkan penjelasan daripada Fiza gagal apabila pelakon dan penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan WhatsApp yang dihantar kepadanya.

Namun, Fiza menerusi akaun Instagram miliknya seolah-olah meluahkan perasaan mengenai apa yang dirasai ketika ini.

"Salam semua. Maaf andai saya ada berbuat silap atau terkasar bahasa. Saya benar-benar berharap agar semua di luar sana memahami perasaan saya sekarang ini. Janganlah ditanya bermacam-macam jenis soalan. Saya ini cuma wanita biasa yang ke kadang lemah dan tak mampu untuk menanggung beban.

"Tapi saya tahu dan pasti semua ini ketentuan dari pada ALLAH. Siapa yang mahu untuk jadi begini? Kalau disoal pada sesiapa pun,  tak mungkin seseorang itu mahu menjalani kehidupan seperti saya. Hormatilah apa jua keputusan saya. Saya hanya merancang, tapi ALLAH lebih mengetahui segala-galanya.

"Saya cuma perlukan sokongan daripada anda semua untuk saya terus kuat dan maju ke depan. Apa yang terjadi dan bakal berlaku biarlah jadi rahsia antara saya dan ALLAH. Tak perlu untuk saya berkongsi ke semua cerita peribadi saya kepada umum.

"Harap semua dapat memahami ya. Doakan yang terbaik untuk kami. ALLAH adalah tempat saya berbicara dan mengadu, bukan dengan sesiapa pun. Kita sebagai makhluk ALLAH dan hambanya cuma perlu menadah tangan dan berdoa meminta pertolongan dari-Nya. Amin.”

Sunday, 2 March 2014

Pasangan hangat kini lebih terbuka

PENGHUJUNG  tahun lalu, pelakon Aeril Zafril dan isterinya, Wawa Zainal menjadi tumpuan ramai apabila dikatakan menyorokkan status perkahwinan mereka.

Apa yang lebih mengejutkan apabila Wawa juga turut menyembunyikan kehamilannya dan mengakui terkena penyakit misteri kepada pihak pengurusan syarikat.

Malah, pasangan ini turut dikecam gara-gara perkahwinan mereka juga dikatakan berlaku dua kali.

Beberapa bulan berlalu, pasangan ini bagaimanapun dilihat lebih tenang dan semakin terbuka berkongsi kehidupan peribadi mereka kepada umum.

Selain berkongsi gambar anak tunggal mereka, Ahmad Fakhruddin Attar yang berusia 6 bulan, pasangan ini juga tidak lokek berkongsi beberapa gambar percutian mereka di luar negara.

Malah yang terbaru, pelakon 7 Petala Cinta ini, memuat naik gambar romantis sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Turut berserta kata-kata romantis, jelas menunjukkan kebahagiaan mereka dalam melayari alam rumah tangga.

Saturday, 22 February 2014

Nora Danish perjelas isu kahwin

“MANA semua dapat cerita ini? Saya kan dah kata, kalau saya nak kahwin, saya akan beritahu. Cerita ini semua tak betul dan jangan cepat percaya pada khabar-khabar angin ini,” jelas aktres, Nora Danish tatkala ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan dia dan kekasihnya, Nadim Nazri sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 31, berkata, dia dan Nadim tidak pernah membuat apa-apa persiapan waima berbincang hal perkahwinan.

"Malah kami tidak pernah bercerita lagi soal perkahwinan dan fokus kami kini adalah untuk kerjaya dan anak masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kekerapannya berkongsi gambar bersama Nedim di laman Instagram dan penerimaan dirinya andai suatu hari nanti hubungan mereka tidak berkekalan, Nora menjawab;

“Saya cumalah manusia biasa seperti orang lain yang suka kongsi momen-momen indah yang dilalui.

Tuesday, 18 February 2014

Erra Fazira bercerai

SHAH ALAM: Pelakon popular, Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, sebentar tadi.

Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

Mereka mula mendirikan rumahtangga pada oktober 2007 dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan Engku Aleesya 5 tahun.

Sunday, 16 February 2014

Rozita Che Wan tak sanggup dimadukan

PELAKON Rozita Che Wan mengakui dia tidak sanggup menerima kenyataan sekiranya dimadukan seperti yang dilalui segelintir wanita.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 41, bagaimanapun berkata, dia yakin suaminya, Zain Saidin, 30, seorang lelaki baik yang tidak mungkin terniat untuk berbuat demikian terhadapnya.

“Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya terima.

"Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-ALLAH,” katanya.

Menurut Che Ta, dia hanya sanggup dimadukan dalam watak rekaan yang dilakonkannya.

Baru-baru ini, dia terbabit menjayakan sebuah telefilem khas terbitan Zeel Production berjudul Madu bersama barisan pelakon lain iaitu Zamarul Hisham, Shahrizal Jaszle, Syatilla Melvin, Aishah Ilias dan Ezzaty Abdullah.

Telefilem arahan Joeza itu mengisahkan Anita, lakonan Che Ta, yang sanggup mencarikan calon isteri buat suaminya, lakonan Zamarul.

"Mungkin selama ini kita lihat ada golongan suami yang suka bermadu sama ada secara diam atau memohon kebenaran tetapi drama ini memaparkan kisah yang jarang terjadi apabila si isteri yang merelakan dirinya untuk dimadukan.

“Tapi syaratnya, Anita kena tentukan siapa calon madu yang sesuai untuk suaminya. Tapi yang dirancang tak menjadi seperti yang diharapkan," ujarnya dipetik sebuah portal.

Madu akan ditayangkan malam ini pada jam 10 malam, di saluran TV3, menerusi slot Festival.

Sementara itu, ditanya pula mengenai perkembangan dirinya yang mungkin sudah berbadan dua, Che Ta menafikannya dan menganggap dia dan Zain yang berkahwin pada 11 Disember lalu masih lagi belum mempunyai rezeki anak.

“Saya belum mengandung. Belum ada rezeki lagi. Tapi saya dan suami mengharapkan yang terbaik untuk itu. Kini pun kami masih dalam 'mood' berbulan madu," tuturnya.

Thursday, 13 February 2014

Fizz Fairuz nikah 30 Mei

SELEPAS berteka-teki terhadap kisah cintanya dengan pelakon cantik, Almy Nadia, akhirnya pelakon, Fizz Fairuz mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga 30 Mei ini.

Menurut Fizz, persiapan majlis perkahwinan mereka kebanyakannya diuruskan Almy sendiri.

“Alhamdulillah, setelah lapan tahun bercinta, akhirnya kami akan melangsungkan perkahwinan tahun ini.

“Setakat ini, semua persiapan sedang dibuat dan kebanyakannya diuruskan oleh Almy sendiri,” katanya.

Majlis pernikahan bakal dijalankan di kampung halaman Almy, Pulau Pinang sementara majlis resepsi pasangan ini bakal diadakan di Pulau Pinang dan Raub.

“Majlis resepsi akan dibuat di Pulau Pinang dan kampung saya sendiri iaitu di Raub. InsyaAllah, kami akan membuat majlis resepsi khas buat peminat di Kuala Lumpur,” katanya.