Majistret Noor Farah Hazwani Osmon telah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh Amiruddin Sulaiman selepas beliau mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan.
Menurut portal Harian Metro, tertuduh didakwa menghina kesopanan pembantu rumah penyanyi itu dengan cara menunjukkan kemaluannya kira-kira jam 5 petang hujung minggu lepas.
Jika dendan itu tidak dapat dilaksanakan, mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara enam bulan. Bagi kesalahan itu, Amiruddin didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau keduanya-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Post a Comment