Beliau berkata, dua anggota polis membawa tahanan berusia 35 tahun itu ke hospital tersebut dari lokap Balai Polis Dang Wangi di sini pada pukul 10.40 malam selepas tahanan itu mengalami sawan dan mulutnya berbuih.
"Semasa menerima rawatan di HKL, tahanan tersebut disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan pada pukul 11.30 malam, hari yang sama dia ditahan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Zainuddin berkata, mangsa ditahan pada pukul 11.30 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dang Wangi di kawasan Kampung Limau, Jalan Dewan Sultan Sulaiman di sini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan dadah.
"Ujian air kencing suspek mendapati positif 'Opiate' dan dia ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983.
Source

Post a Comment