Jurucakap polis memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai letupan kuat sebelum kepulan asap tebal kelihatan di udara berhampiran tandas awam di dalam kuil tersebut.
Menurut AFP, akibat letupan itu, dinding dan siling bilik air berkenaan rosak serta terbakar dan polis turut menemui bateri serta wayar di tempat kejadian.
Susulan kejadian itu, unit khas pemusnah bom bergegas ke lokasi terbabit dan pihak berkuasa kini sedang menyiasat sama ada insiden tersebut adalah serangan yang disasarkan.
"Tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu. Kami juga tidak pernah menerima apa-apa ancaman yang berkaitan dengan letupan," menurut salah seorang pegawai kuil berkenaan.
Difahamkan, letupan berlaku ketika pengunjung sedang melawat kuil itu sempena pesta menuai tahunan.
Post a Comment