BERITA TERKINI

Tuesday, 23 December 2014

Skuad Harimau Malaya bakal mendapat sentuhan Afdlin Shauki

Advertisement
Tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Malaya yang berjaya menduduki tempat kedua di kejohanan Piala Suzuki AFF 2014 selepas tunduk kepada skuad Thailand di peringat akhir yang berlangsung minggu lalu.

Rata-rata peminat dan penyokong melahirkan rasa bangga dengan pencapaian ini namun ada segelintir mereka beranggapan skuad kendalian Dollah Salleh ini tidak pandai 'berlakon' apabila berada di padang.

Perkara ini turut diakui oleh pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki yang mengakui sedia melatih barisan pemain skuad Harimau Malaya membaiki mutu ‘lakonan’ mereka.

Afdlin berpendapat, lakonan adalah perlu bagi supaya tidak kelihatan janggal namun tidak keterlaluan;

"Saya sendiri mengajar, tak payah hantar ke kelas lakonan. Saya sudah dua kali menang pelakon terbaik dan saya juga peminat bola. Saya akan tunjukkan cara nak jatuh, cara menunjukkan sakit kaki, mimik muka. Itu semua saya boleh buat. Sebulan sudah cukup," ujar Afdlin.

Tambah Afdlin, lakonan di atas padang itu perlu supaya permainan tidak kelihatan janggal namun tidak pula dilakukan secara keterlaluan.

"Kalau dilihat pada team seperti Barcelona dan Real madrid, itulah pelakon-pelakon paling hebat di dunia. Kena sentuh angin pun terpelanting. Pengadil adalah manusia, mereka juga mempunyai perasaan kasihan," tambah Afdlin yang dikenali sebagai penyokong tegar bola sepak Malaysia.

Post a Comment