BERITA TERKINI

Tuesday, 23 December 2014

Polis AS pakai kamera badan elak kontroversi

Advertisement

BAGI mengelak sebarang kontroversi ketika bertugas, anggota polis AS diarah memakai kamera badan.

Berikutan itu, Presiden AS, Barack Obama mencadangkan pakej perbelanjaan tiga tahun berjumlah AS$263 juta (RM901.6 juta) untuk meningkatkan penggunaan kamera badan, meluaskan latihan anggota polis dan menyalurkan sumber tambahan bagi penambahbaikan jabatan polis.

Pakej berkenaan termasuk sejumlah AS$75 juta (RM257.1 juta) bagi membeli 50,000 unit kamera kecil untuk merakam tindak tanduk anggota polis semasa bertugas dengan separuh kos tersebut dibiayai oleh pentadbiran negeri dan tempatan.

Mengulas saranan Obama, Rumah Putih menyatakan kamera tersebut dapat membantu mengurangkan jurang ketidakyakinan orang ramai terhadap polis.

Post a Comment