Dalam kejadian kira-kira jam 10,30 pagi itu, mangsa berumur 21 tahun sedang menaiki motosikal keluar dari simpang berkenaan secara sendirian.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hamzah Alias berkata, secara tiba-tiba datang seorang lelaki berumur 19 tahun yang menunggang motosikal jenis Modenas berwarna merah menyamun beg tangan mangsa yang diletakkan dalam bakul motosikalnya.
“Bagaimanapun mangsa tidak sempat menyelamatkan begnya, namun sempat mengecam jenis motosikal dan nombor pendaftaran yang dinaiki suspek sebelum membuat laporan polis.
“Bertindak atas laporan daripada mangsa, polis mengesan nombor pendaftaran motosikal milik suspek dan dimiliki oleh seorang lelaki di Felda Raja Alias.
“Namun pemiliknya mengaku tidak menggunakan kenderaan itu, sebaliknya ia digunakan oleh anaknya yang tinggal di Felda Pasoh sebelum pihak polis ke rumah pemilik motosikal," katanya.
Katanya, ketika menemui lelaki berkenaan dia memberitahu motosikal itu digunakan adik iparnya.
Hamzah berkata, ketika memeriksa rumah itu, pihaknya menemui bilik yang berkunci dan mendapati seorang lelaki berumur 19 tahun berada dalamnya.
“Polis turut menjumpai barang samun milik mangsa dalam beg suspek dan dia juga mengakui membuang beg mangsa dalam ladang kelapa sawit di Felda Pasoh," katanya.
Post a Comment