Demikian menurut Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok yang berkata, pelaksanaan hukum hudud tiada dalam dasar semasa penggabungan tiga komponen parti bagi membentuk PR.
“Semasa kempen PRU13 tiada pun kempen untuk kita laksanakan hudud.
"Cumanya kita hormat Pas sokong hudud sebab untuk memperjuangkan Islam, itu sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.
Sehubungan itu katanya, beliau mengingatkan Pas supaya tidak melanggar apa jua perjanjian yang sudah pun termeterai semasa penggabungan dalam PR.
“Memang kita akan menentang tindakan Pas untuk laksanakan hudud. Sebab memang dari dulu kita konsisten tidak bersetuju. (Penasihat DAP), Lim Kit Siang juga sudah menjelaskan yang DAP tidak setuju,” ujarnya.
Post a Comment