BERITA TERKINI

Tuesday, 23 December 2014

Saya sudah serik untuk berkahwin - Eida Moin

Advertisement
PELAKON dan pelawak, Eida Moin melahirkan perasaan seriknya untuk mendirikan rumah tangga selepas perkahwinannya dengan bekas suami, Mohamad Naquib Idris terputus di tengah jalan.


Hasil perkahwinannya, Eida memperoleh seorang anak perempuan Nur Dhia Dania, 6.

Mengikut persetujuan bersama, Eida dan bekas suami akan sama-sama menjaga anak tunggal mereka.

“Buat masa sekarang saya serik dengan perkahwinan. Bagaimanapun, saya tidak boleh cakap habis kerana jodoh pertemuan di tangan Allah. Memanglah saya kata serik, mana tahu esok lusa tiba-tiba pintu hati saya terbuka untuk berkahwin semula. Namun, buat masa sekarang fokus saya hanyalah bekerja untuk membesarkan anak sahaja,” katanya memetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Dalam pada itu, Eida enggan mendedahkan punca penceraiannya kerana disifatkannya sangat peribadi.

“Punca masalah itu terlalu peribadi untuk saya kongsikan bersama umum. Saya bukan jenis yang suka bercerita soal rumah tangga sendiri. Tambahan pula, banyak hati yang perlu saya jaga, memadai saya katakan kami sudah tiada sefahaman dan tiada jodoh,” katanya.

Semoga Eida tabah dengan ujian yang mendatanginya dan kuat dalam membesarkan anak tunggalnya.

Post a Comment