BERITA TERKINI

Friday, 19 December 2014

Perompak kejam campak warga emas ke dalam longkang

Advertisement
MAHSAN - Seorang warga emas yang tinggal di Rumah Sejahtera Mahsan di sini hanya mampu menjerit minta pertolongan apabila dia dicampak perompak yang menceroboh rumah orang tua-tua itu, awal pagi semalam.

Tham Lee Woh berkata, dia terdengar salakan anjing kira-kira jam 3.45 pagi kemudian bergegas keluar untuk meninjau apa yang berlaku.

Menurutnya, setelah dia yakin tiada apa yang mencurigakan dan keadaan selamat, dia pergi ke longkang di tepi rumah untuk membuang air kecil di situ.


“Tiba-tiba datang dua lelaki dari belakang rumah menghampiri saya. Seorang berbadan besar dan seorang lagi kurus, kedua-dua muka mereka saya tidak nampak jelas.

“Lelaki yang berbadan besar itu memegang saya dengan kuat lalu saya dicampak ke dalam longkang sehingga kepala saya cedera dan terpaksa menerima tiga jahitan,” katanya ketika ditemui.

Lee Woh berkata, selepas dirinya dicampak ke dalam longkang, kedua-dua penceroboh berkenaan melarikan diri.

"Rakan saya yang terlihat saya berada di dalam longkang segera memaklumkan insiden itu kepada bendahari, Koon Yok Mui.

“Madam (gelaran kepada Yok Mui) terus menghubungi ambulans dan saya dikejarkan ke Hospital Jempol," katanya.

Tambahnya, dia bersyukur kerana tidak diapa-apakan walaupun dicampak ke dalam longkang.

Sementara itu, mangsa diziarahi Pengerusi Rumah Sejahtera Mahsan, Kenny Siew; Adun Bahau, Chew Seh Yong dan pemimpin setempat.

Menurut Seh Yong, dua penceroboh berkenaan dipercayai masuk ke kawasan rumah orang-orang tua itu melalui pagar berhampiran padang awam di situ.

“Pagar tersebut dipercayai diangkat dan suspek menyelinap masuk ke rumah orang tua itu yang dihuni 15 warga emas berumur 60 tahun ke atas," katanya.

Post a Comment